Aku Bukan Boneka Part II
POSTED ON: Saturday, August 27, 2011 @ 6:25 PM | 0 comments

Assalamualaikum.
K harini terpaksa sambung cerita semalam. Walaupun ponat nak mampuih -,-.
Hari minggu memang ramai yang keluar. Ada yang dating, ada yang melepak kat mall, ada yang gay dan lesbian. Aku antara golongan 'dating'.
Dating sahaja tidak cukup bagi aku jika tidak ber'shopping'. Bila dilihat sekali imbas, muka aku memang muka materialistik. Tapi itu palsu belaka.
''Amboi, banyak barang awak beli?''
Well, biasalah, orang kayaaaa. #ketawa kecil.
"Untunglah guna duit saya" #dengan nada perli.
Haha, well, thank you.
Penat. Secret Recipe menjadi pilihan. Cake chocolate menjadi santapan. Sungguh enak. Lega.
Tuuttt, tuuttt. Tuuttt, Tuuutttt.
Aku : Hello.
Dia : Hello, ye awak nak apa? Kan saya tengah kerja ni.
Aku : Awak, kenapa awak jauhkan diri dari saya?
Dia : Manada. Cuma lately ni saya sibuk sikit. Banyak kerja nak buat. Nantilah saya telefon awak balik.
Aku : Eh awak, nantilah kejap. Saya nak cakap sikit ni.
Dia : Cakap apa? Awak tak nampak ke saya sibuk ni? Dah, cepatlah cakap.
Aku : Awak tak sayang saya ke?
Dia : Kalau saya cakap tak, awak nak buat apa?
Aku : #berdebar, tanpa disedari, air mata jatuh menyembah bumi. Awakkk...
Dia : Sudahlah, saya banyak kerja ni, k bye!
Dia memutuskan talian. Pantas aku bangun, menyiapkan diri. Dengan hati yang kecewa, aku memandu kereta Honda Civic menuju ke office nya.
PA : Good morning, ye nak cari siapa?
Aku : Cik Daniel ada?
PA : Dia dah lama berhenti cik.
Aku : #Terkejut. Lantas meninggalkan tempat itu.
Merata tempat aku cari. Dekat setengah jam, batang hidung pun tak nampak. Sambil memandu, aku toleh kanan, toleh kiri. 'Eh, itu macam Daniel?' Tidak ubah seperti dulu. Masih kacak. Ya Allah, rindunya. Sudah hampir setahun kami tidak berjumpa. 'Siapa perempuan sebelahnya tu?' Cantik. Tak ubah seperti minah saleh. Kulitnya putih gebu. Rambutnya panjang dan lurus. Tinggi orangnya.
'Padanlah dia menjauhkan diri.' Menahan air mata dari mengalir. Namun aku kalah. Aku tidak berdaya. Terus mengalir dan mengalir. Matikan enjin kereta. Lantas aku keluar dari kereta. Dengan hati yang terluka, aku memberanikan diri menuju ke tempat Daniel.
Aku : Hi Daniel.
Dia : #terkedu. Err, Hii. Apa awak buat dekat sini?
Aku : Dekat sini ada tulis nama awak ke? Ni tempat awam, suka hati sayalah saya nak pergi mana pun.
Dia : Awak nak apa.
Aku :Perempuan ni sapa.
Dia : Takda sapa. Kawan je.
Aku : Kawan? Kawan sampai peluk-peluk?
Dia : Awak ni dah kenapa. Awak jangan suka-suka nak tuduh saya.
Aku : Kalau awak taknak kena tuduh, baik awak cakap hal yang sebenarnya.
Dia : Awak nak tahu sangat kan? Perempuan ni, girlfriend saya. Puas?
Aku : #senyap.
Dia : Kenapa diam?
Aku : Habis kita ni apa wak? Saya ni apa bagi awak?
Dia : Awak? Awak saya anggap macam kawan saya sendiri je. Tak lebih dari tu. Awak je yang perasan.
Pang! Satu tamparan hebat hinggap di pipinya.
Aku : Sampai hati awak kan. Habis selama ni yang awak bersayang-sayang dengan saya tu apa? Dulu awak terhegeh dekat saya tu kenapa? Kenapa wak? #tidak dapat aku tahan air mata yang asyik jatuh membasahi pipi.
Dia : Dulu lain, sekarang lain. Dulu awak lah yang paling cantik. Dulu awak lah diva. Dulu awak segalanya bagi semua lelaki. Sekarang tak lagi. Sekarang awak macam biasa je bagi saya.
Aku : Aku takkan maafkan kau sampai mati!
Dia : Jangan ganggu aku lagi. Kau cuma mainan aku je. Tak ubah seperti boneka.
'Ya Allah. Lelaki jenis apa dia tu. Hanya tahu mempergunakan perasaan wanita yang lemah seperti aku.'
Bunyi telefon. Suara seorang lelaki kedengaran. Sama. Ye, ini Daniel!
Dia :Hi awak, kenal lagi tak ni siapa.
Aku : Tak kenal, sorry.
Dia : Awak tipu.
Aku : Sumpah tak kenal.
Dia : Ni Daniel lah. Ingat lagi tak?
Aku : Daniel? Daniel mana?
Dia : Awak ni memang tak ingat atau buat-buat tak ingat?
Aku : memang tak kenal.
Dia : Awak, janganlah main-main. Be serious sayang.
'Dah sakitkan hati aku, berani lagi dia nak bermain-main sayang dengan aku. Lelaki tak sedar diri!'
Aku : Apa ni? Aku tak kenal kau lah. So, berambus!
Dia : Awak, sampai hati awak kan. Saya ada hajat, sebab tu saya telefon awak.
Aku : Hajat? Apa dia?
Dia : Saya nak awak kembali ke pangkuan saya. Boleh tak sayang?
Aku : Kau ni memang lelaki yang tak sedar diuntung! Dulu aku curahkan segala cinta aku kat kau. Dulu aku bagi segalanya apa yang kau nak. Tapi kau langsung hancurkan semuanya. Sekarang, kau nak kat aku lagi? Sorry to say, No chance for you!
Dia : Pleaseee Sarah.
Tidak sanggup aku mendengar rayuannya itu. Lantas aku memutuskan talian.
Sekarang aku mulakan hidup baru. Berkahwin dengan seorang lelaki dan bina keluarga bahagia. Alhamdulillah. Lelaki tu lah yang telah melengkapkan hidupku. #Anis, hahaa k tipu. Tak tak, takda kaitan pun dengan cerita ni.
SELESAI.
So, the conclusion is, jangan main2kan perasaan wanita ye wahai kaum lelaki.
#Anis, love you, muahhhh, hihihi.
Aku bukan boneka.
POSTED ON: Friday, August 26, 2011 @ 8:25 PM | 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Semua!
#Bak sini duit raya, cepat!
Lagi berapa hari je kot nak raya kan. Tak sabar nak menatang duit. Duit, duit, duit. Masyukk masyuk, hahaha.
Musim purba.
Dulu kita sombong. Dulu aku tak kenal siapa kau. Dan kau pun begitu. Kau jauh. Dulu aku anggap kau sombong yang teramat.
Kau suka aku. Kau terhegeh dekat aku. Kau merebut cinta aku yang aku fikir takkan pernah menjadi milik kau.
Aku tak pernah pandang kau walau sesaat pun. Kau pandang aku, langsung kau jatuh hati. Kau kejar aku. Kau berkata kau sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan cintaku. Tapi sekarang?
Kau fikir kau handsome. Kau fikir kau cukup baik. Kau fikir kau layak. Kau fikir bla blaa bla. Aku tak pandang semua itu. Jangan kau lagak kaya. Kau berjalan dengan lagaknya wahai lelaki. Lagaknyaa kamu! -,-
Beberapa tahun selepas itu.
Bunyi telefon berdering. Lantas aku bangun.
Aku : Hello?
Dia : Hai, awak ni comel lah.
Aku : Eh, awak ni sapa? Awak kenal saya ke?
Dia : Saya oranglah. Mestilah saya kenal awak. Kalau tak macamana saya tahu awak ni comel. #gelak besar.
Aku : Jangan nak merepek boleh?
Dia : Saya serious lah awak. Saya nak awak boleh?
Aku : Eh kau ni pehal? #dengan kasarnya.
Dia : Saya janji saya akan jaga awak.
Tuuutt tuutt tuttt. Aku memutuskan talian.
Jam 7.30 pagi tibanya aku di sekolah.
" Wehh, tunggu kejap! Aku ada hal penting nak bagitahu kau." #aku terpinga-pinga.
Aku memulakan bicara. " Haa, ada apa ni? Macam penting sangat je?"
"Hmm eh takpelah, tulat je lah aku bagitahu. Kbye!" #Eh mamat ni, bengong betul.
Aku masih tertanya-tanya. Apa mamat tu nak sebenarnya? Ahh lupakan lupakan.
Lokasi : BILIK.
Meja solek yang penuh dengan gincu, bedak, losyen. etc. Aku kemaskan. Tampak lebih cantik! Tergerak hatiku untuk membuka laci di kananku. Entah mengapa aku merasa bagai ada sesuatu. 'Tikus, janganlah kau melompat' Berbisik aku dalam hati.
'Hah? Surat apa ni?'
Assalamualaikum.
Hai awak, awak apa khabar? Awak dah makan? Awak sihat? Family macamana? Ada baik kah? Awak, saya nampak awak kat sekolah tadi. Comel je awak. Manis je awak. Untung sape dapat awak kan. Saya harap sayalah orang yang untung tu. Awak jaga diri k. Saya sayang awak.
Salam.
Huh! Ni tak lain tak bukan mamat semalam tu lah yang dok telefon aku. Dengan pantas aku campakkan surat itu ke atas katil.
Keesokan harinya..
Seperti biasa, aku yang masih bergelar seorang pelajar Tingkatan 5, berangkat ke sekolah.
Masuk ke kelas. Merebahkan punggungku ke kerusi. Bergerak ke hadapan sedikit. Biar lebih selesa.
Sedang aku asyik membelek buku, sampul surat berwarna merah jambu terbang melayang. 'Aduhh! Heii, budak mana lah ni yang biadap buang sampah merata-rata'. Aku pungut. Cantik! Aku bukak, aku baca. ----> I LOVE YOU :) <-----. Hah?? Cepat-cepat aku keluar dari kelas. Tiada siapa. Huh, pelik.
Krinngggg! 3kali. Yihaaa, balik sekolah! Huh, penat!
Dalam perjalanan pulang ke rumah, salah seorang rakanku memanggil. Kacak. Sangat kacak. Tidak hairanlah ramai gadis-gadis terpikat dengannya. Mengenakan T purple, seluar pendek, kasut. Style!
Anonymous :Awak awak, tunggu sekejap!
Aku : Woi, mimpi apa kau ni nak ber awak2 pulak.
Anonymous : Saja.
Aku : Ohh okay. Ada apa kau ni?
Anonymous : Hmm. Seganlah nak cakap.
Aku :Ala cakap jelah. Kau nak segan apa. Macam lah kau tak kenal aku. Cakap je.
Anonymous : Kau ada dapat surat yang warna hitam dengan merah jambu tak?
Aku : #pelik. Haa ada. Kenapa? Mana kau tahu semua ni?
Anonymous : Sebenarnya.....
Aku : Sebenarnya apa? Kau ni cakap betul2 boleh tak? Tak payah nak rahsia sangat.
Anonymous : Sebenarnya orang yang dok kacau kau tu, aku.
Aku : #Terkejut, marah, suka, semuanya ada. Kau??!!
Anonymous : Yee aku. Sebenarnya aku dah lama suka kat kau. Cuma aku takut nak bagitahu kau. Sebab perempuan macam kau manalah nak kat aku ni. Yelah, kau kan cantik, putih melepak pulak tu. Tak setaraf dengan aku.
Aku : Merepek apa kau ni? Kau pun okay what. Kau handsome, kau bergaya, kau kaya. Alah, macam lah aku tak tahu cerita pasal kau. Kau ramai peminat kan? Sampai kena cop playboy lagi kan?
Anonymous : Kau cakap aku handsome? Betul ke? So, bolehlah aku dengan kau? #ketawa kecil.
Aku : Kau dengan aku? Maksud kau?
Anonymous : Maksud aku, boleh lah kita couple.
Aku : Nantilah. Okaylah, aku nak balik lah. Bye!!
Dalam masa yang sama, aku senang hati. Salah sorang lelaki yang 'hot' di sekolah, menambat hati aku.
Beberapa jam kemudian. Telefon bimbitku berdering. '1 New Message'
Text : Macamana? Dah fikirkan?
Rep: Fikir apa?
Text : Pasal yang aku lamar kau tu lah. Jadik girlfriend aku.
Rep : Ohh. Hm rasanya dah.
Text : Mana boleh rasa-rasa. So, apa jawapan kau?
Rep : Aku terima.
Text : Terima apa?
Rep : Terima kau lah bodoh!
Text : #ketawa kecil. Saja bergurau lah sayang. Nak bergurau pun tak boleh.
#berdebar.....
Rep: Engkau tu bebal sangat jadik orang.
Text : Yelah2, maaf ye. So, sekarang kita dah couple lah ni eh?
Rep : Yee :)
Text : Terima kasih! See you tomorrow kat tempat biasa! Bye sayang.
Aduhh, penat lah. Sambung esoklah. Hihi, Bye!
Kami tak bongkak. :'>
POSTED ON: Wednesday, August 24, 2011 @ 4:48 AM | 0 comments

Salam Ramadhan.
Di kesempatan ini saya wakil pelajar-pelajar 5Bakti students ingin meminta ampun dan maaf beribu-ribu kemaafan. *k aku tahu ayat aku poyo. Apedehal bro.yang penting keikhlasan dari hati.
Kenapa dan mengapa cikgu2 sekalian tersangat-sangatlah gemar menggelar kami sebagai pelajar yang bongkak? Bongkak kah kami? Jahatkah kami? Degilkah kami?
Yaa, itu semua anak-anak didik cikgu punya perangai. Itu semua kami punya perangai. Kami tahu. Tapi itu bukan mahu kami. kami hanya manusia@pelajar yang punya ilmu tidak sebesar alam tetapi hanya sebutir pasir, cikgu.
Kami tidak minta cikgu membelai kami seumpama sang putera dan sang puteri. Tetapi kami hanya mahu keikhlasan dan ketulusan hati cikgu dalam mengajar kami semua. Keberkatan cikgu amatlah berharga seperti sebutir berlian. :)
Cikgu, janganlah engkau membenci kami walaupun sesaat. Kerna itu semua akan memakan diri kami sendiri kelak. Kami mohon. Kami tahu kami degil. Kami tahu kami bodoh sombong. Kami tahu kami tak seperti anak-anak murid cikgu yang dahulu musim purba. *cehh tetibaa. Tapi kami tak ingin nak tahu cikgu akan membenci kami semua.



*kalaulah cikgu dapat baca ni, :)
p/s ; Kami candidate SPM for this year, please pray for us.
Kekurangan darah sebanyak 20-80 ml.
POSTED ON: Wednesday, August 17, 2011 @ 3:02 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Hari ni saya nak share cerita sikit. Cerita yang tak berapa nak menggembirakan. Huwaa huwaa huwaa. Maybe ada sesetengah perempuan je yg ada masalah ni. Tadi aku search kat internet ' darah beku dalam rahim' Fuyoooo. Ngeri tak ngeri aku baca sebab ngan punca sekali. Pehh memang hhoorr liaawww lah!
Lepas tu ada pulak tertera dekat situ, ---> BIASANYA WANITA YANG MENGALAMI MASALAH INI AKAN KEHILANGAN DARAH SEBANYAK 20-80 ML. Mak haih -,- boleh buat air sirap agaknya kan. Hihihi. Kesannya pun ada jugak. Nak tahu apa? KANSER PANGKAL RAHIM. Memang kaw kaw lah dia punya kesan kan.
Setiap Manusia Ada Dugaan :)
POSTED ON: Monday, August 15, 2011 @ 2:42 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Semua manusia yang ada dekat dunia ni mesti ada dugaan masing-masing kan? Tak kira yang berat mahupun yang ringan. Yang pastinya Allah takkan bagi dugaan di luar kemampuan manusia :)
Salah satu dari manusia tu adalah aku. Yesss, aku. Tapi takpa, dugaan kan :). Dulu masa mula2 aku dapat tahu result sekian sekian tu, aku rasa dah give up gyla. Anis tu jangan cakaplah kan. Macam2 aku fikir. Takut sangat dia tak terima aku, huwaaaaaaaaa. Tapi aku silap, ternyata dia sanggup jaga aku, hihi :). Dan dari situ, aku terpaksa minum air pegaga 2 botol besar. Mak haih -__-' Baciiiinnnnnn, pahiiitttt, belacannn, busuukkk nak mampus. Dan dan air halia jugaa. Tapi awet muda semua tu. Ha lau korang nak muda je sentiasa, ni lah petuanya. Air pegaga dan air halia. Kalau nak sedap lagi, campur lah dengan cincau, soya, strawbrri, coklat, koko, milo. Hahaha gerenti sedap lah wa cakap lu. Eh korang jangan lurus lak nak buat betul. Kang tak pasal je. Okay, back to the story. Hmm lepas dapat result tu je, air mata aku menggedik pulak nak jatuh. Hadoiii. Gombeng jugak aku ni, haha. Mana taknya, korang bygkan bila si doktooooorr itu mengatakan bahawa benda itu boleh berulang kembali dan boleh mengakibatkan dot dot dot #takleh beritahu, rahsiaa. Ha tu pasal lah aku nangis bagai nak rak. Tapi aku boleh chill lagi makan coklat, hehee. Sekarang aku tengah ngidam asam paya. Paya ohh asam. Ehhh? -,-' Tapi malangnya takleh makan, nanti Personal Assistant saya marah. Wuuu takut2.
Ee apa ni apa ni?
#Okay sekarang bendanya sudah pun datang menghantui dan mengganggu tidur saya :(
Tips : Kek batik.
POSTED ON: Sunday, August 14, 2011 @ 2:15 AM | 0 comments

Assalamualaikum.
Fuyooo, aku bagi tips. Haha macam lah aku ni pandai sangat bab2 ni kan. Tips ni senang okay. Aku pun bukannya minat sangat pun.#Dalam proses belajar memasak -__-" atas kerelaan saya sendiri setelah diri dibelenggu ketakutan *tak pandai masak mana boleh jadik menantu* waaaa takleh jadik ni. Kaaannnnn :/
1. Resepi kek batik lah. *sonang je pun.

Bahan-bahan :
Biskut merri belilah 2ringgit.
1/2 buku butter
2biji telur
1cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1cawan air
3/4 gula
1cawan kacang tanah
- Patah2kan biskut tu dalam piring.
- Sediakan periuk, campak kan kacang tanah. Cehh campakkk, haha.
- letak koko, milo, air dan dula. Bukak api sikit je. Then kacau semua tu sampai sebati. *sebati eh orang kata? Haa yee la tuuuu.
- Masukkan butter pulak, kacau sampai cair.
- Masukkan telur, then kacau, then padamkan api.
- Pas tu, barulah masukkan biskut yg korang patah2kan tadi dalm periuk. Kacau lagi sampai semua biskut tu diselaputi coklat.
- Masukkan dalam loyang, tekan2 sikit, agak2 dah cantik tu, masukkan dalam peti ais. Then siaaappppppp :).
#Lelaki pun boleh buat. Senang dan kacanggggg lagi pun. Huwaaaaa huwaaaa sodapnyaaa.
Tak ku sangka, tak ku duga secepat ini.
POSTED ON: Friday, August 12, 2011 @ 4:55 AM | 0 comments

Nampak tak nampak tak? Errrr -,-'
Aku tak sangka borang ni boleh sampai kat aku hari ni. Pagi tadi jugak. Ee aku taknak pergi lahhhh. Aku tak batak pun nak pergi. Yang kau bagi borang ni cepat2 kat aku kenapa........!! Best ke, best ke, best ke?? Grrr! Khidmat negara? Aku tak pandai lah nak berkhidmat, berkorban pe jadah haram tu.
Tapi disebabkan mak dan ayah aku yang tak sabar nak aku pergi agaknya, ada ke patut suruh aku isi borang tu? Ish! Nanti bila aku dah takda kat rumah tu, tahulah. Terpaksa lah aku isi kannn. Hmmmm.
Taknak pun pergi, wellkkksss, leceh semua ni!
Tapi tapi, aku confused, ni panggilan ke berapa ye? Kalau korang korang dan korang ada yang senasib dengan saya, silalah beritahu ye. Toollooongg lah. Boleh lah aku larikan diri dulu, hahaha.