Kami tak bongkak. :'>
POSTED ON: Wednesday, August 24, 2011 @ 4:48 AM | 0 comments

Salam Ramadhan.
Di kesempatan ini saya wakil pelajar-pelajar 5Bakti students ingin meminta ampun dan maaf beribu-ribu kemaafan. *k aku tahu ayat aku poyo. Apedehal bro.yang penting keikhlasan dari hati.
Kenapa dan mengapa cikgu2 sekalian tersangat-sangatlah gemar menggelar kami sebagai pelajar yang bongkak? Bongkak kah kami? Jahatkah kami? Degilkah kami?
Yaa, itu semua anak-anak didik cikgu punya perangai. Itu semua kami punya perangai. Kami tahu. Tapi itu bukan mahu kami. kami hanya manusia@pelajar yang punya ilmu tidak sebesar alam tetapi hanya sebutir pasir, cikgu.
Kami tidak minta cikgu membelai kami seumpama sang putera dan sang puteri. Tetapi kami hanya mahu keikhlasan dan ketulusan hati cikgu dalam mengajar kami semua. Keberkatan cikgu amatlah berharga seperti sebutir berlian. :)
Cikgu, janganlah engkau membenci kami walaupun sesaat. Kerna itu semua akan memakan diri kami sendiri kelak. Kami mohon. Kami tahu kami degil. Kami tahu kami bodoh sombong. Kami tahu kami tak seperti anak-anak murid cikgu yang dahulu musim purba. *cehh tetibaa. Tapi kami tak ingin nak tahu cikgu akan membenci kami semua.



*kalaulah cikgu dapat baca ni, :)
p/s ; Kami candidate SPM for this year, please pray for us.